KES kemalangan maut yang menyebabkan dua orang meninggal dunia mengejutkan industri hiburan Korea Selatan apabila ia melibatkan suami aktres Park He Mi. Suaminya Hwang Min dibelenggu rasa bersalah hingga terfikir untuk membunuh diri. Dia kemudian dimasukkan ke pusat perubatan dan mendapatkan rawatan mental. Hwang Min juga diminta untuk menghadiri proses penyiasatan di ibu pejabat polis berdekatan. ARTIKEL BERKAITAN: Suami Park Hae Mi terlibat kemalangan maut Jumaat lalu, Hwang Min dilaporkan sudah menghadirkan diri ke balai polis bersendirian tanpa ditemani isterinya. Selesai disoal siasat, Hwang Min yang didekati media hanya mengeluarkan kata-kata maaf dengan apa yang berlaku. "Saya minta maaf. Saya sungguh-sungguh minta maaf," ujar Hwang Min. Seperti dipetik ALLKPOP, Hwang Min mengaku bersalah apabila memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan.