suria

Agensi nafi Goo Hara masuk hospital kerana cubaan bunuh diri

Goo Hara masuk hospital kerana insomnia

AGENSI selebriti Goo Hara iaitu Content Y tampil menafikan dakwaan artis itu dimasukkan ke hospital disebabkan percubaan membunuh diri.

Menerusi kenyataan yang diberikan, Goo Hara dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan berkaitan insomnia dan gangguan pencernaan.

Goo Hara juga sudah menjalani rawatan tersebut sebelum ini namun keadaan kesihatannya semakin merosot sehingga ditahan bagi rawatan lanjut.

Agensi turut menafikan keadaan wanita itu kritikal seperti khabar angin tersebar.

"Goo Hara masuk hospital pada 5 September kerana insomnia dan gangguan pencernaan. Dia menerima rawatan selama satu malam dan sudah boleh pulang hari ini.

"Sekarang dia sedang berehat di rumah. Secara khusus, tidak ada penyakit lainnya tapi doktor mahu dia berehat secukupnya," ujar Content Y.

SUMBER: Soompi

Goo Hara

Artikel Lain