PENYANYI rap Nicki Minaj dan Cardi B bikin kecoh apabila kedua-dua selebriti itu dirakam berkelahi di khalayak umum di Minggu Fesyen New York.
Cardi B yang menhayakan baju merah itu kelihatan mendekati Nicki Minaj kemudian melemparkan kasut yang dipakainya kepada wanita itu.
Menerusi video yang dirakam E! News kedua-dua selebriti itu bergaduh di selepas majlis selesai.
Pergaduhan tersebut dileraikan oleh pengawal keselamatan kedua-dua selebriti berkenaan.
Sementara itu, Variety melaporkan Cardi B mengalami luka ringgan dan gaun belakangnya terkoyak. Manakala Nicky tidak mengalami sebarang kecederaan.
Bagaimanapun, kecederaan dialami Cardi B adalah disebabkan pengawal keselamatan Nicki Minaj.