suria

'Perang dingin' Brad Pitt, Angelina Jolie bakal berakhir

Mereka dikatakan bertemu untuk perbincangan.

SETELAH dua tahun 'perang dingin', pasangan pelakon Angelina Jolie dan Brad Pitt nampaknya mulai reda apabila mereka dikatakan menemui jalan penyelesaian bersama.

Menerusi portal Celebrity Insider, pasangan ini telah bertemu dan berbincang mengenai masa depan mereka terutamanya hal berkaitan anak-anak.

"Mereka berjumpa dan berbincang di rumah Angelina dan ini pertemuan pertama sejak 2016 dan ia berjalan baik demi anak-anak.

"Brad memutuskan untuk berdamai dan berunding dengan bekas isterinya itu dan nampaknya perbincangan tersebut hampir berjaya," kata sumber kepada ET.

Sebelum ini, tular berita mengenai kisah hak penjagaan anak selepas penceraian pasangan pelakon popular Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt.

Angelina dan Brad Pitt berpisah pada 2016 dan mereka mempunyai tiga cahaya mata iaitu Shiloh, 11 dan pasangan kembar, Knox dan Vivienne, 9 tahun.

Pasangan itu juga mempunyai tiga anak angkat, Pitt-Maddox, 16, Pax, 14 dan Zahara, 13 tahun.

Angelina Jolie, Brad Pitt

Artikel Lain