suria

Dakota Johnson sangkal hamil anak Chris Martin

Dakota Johnson menyangkal dakwaan sedang hamil anak kekasihnya, Chris Martin.

PELAKON Dakota Johnson menyangkal dakwaan dia sedang hamil anak kekasihnya, vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin.

People melaporkan berita mengenai kehamilan aktres itu tersebar selepas mereka dikatakan mengadakan parti bagi mengumumkan jantina anak mereka di kediaman Chris pada Ahad lalu.

Menguatkan lagi spekulasi itu, parti itu menggunakan warna biru dan merah jambu sebagai tema dan ia turut dihadiri oleh ibu-bapa Dakota, aktres Melanie Griffith dan Don Johson, pelakon terkenal Sean Penn, Julia Roberts dan Jeremy Allen White.

Menurut jurucakap Dakota, majlis itu diadakan bagi menyambut hari jadinya yang jatuh pada 4 Oktober lalu di rumah penyanyi itu.

Dakota dan Chris mula bercinta sejak setahun lalu.

Chris sebelum ini berkahwin dengan aktres Gwyneth Paltrow selama 10 tahun sebelum bercerai pada 2014.

Sebelum ini, Chris pernah bercinta dengan Annabelle Wallis manakala Dakota bersama model, Matthew Hitt.

Dakota Johnson, Chris Martin

Artikel Lain