MODEL sensasi Bella Hadid menghabiskan masa bersama teman lelakinya iaitu The Weeknd di kawasan Soho, New York, baru-baru ini.
Menurut Liputan6 memetik laporan portal Hollywood, terlihat foto mereka dirakam sedang bersiar-siar dan menikmati makan tengahari di sebuah restoran berdekatan.
Bukan hanya berdua, mereka turut ditemani pengawal keselamatan yang mengiringi sepanjang percutian tersebut.
Pasangan ini bermanja ditempat awam. Foto: Splash News.
Apa yang mengejutkan, ada paparazzi berjaya merakam foto pasangan ini sedang berciuman mesra tanpa mempedulikan kehadiran orang awam.
Bella menyambut ulangtahun kelahiran ke-22 pada Selasa lalu.
Sebelum ini, The Weeknd ada memuat naik rakaman video di Instagram memperlihatkan kemesraannya dengan Bella di sebuah bar.