PASANGAN selebriti Justin Bieber dan Hailey Baldwin dikhabarkan sedang mencari rumah untuk dibeli di Los Angeles. Menerusi laporan People, salah satu rumah yang mungkin menjadi pilihan mereka adalah rumah milik penyanyi Demi Lovato. Rumah yang terletak di Hollywood Hills itu merupakan lokasi Demi ditemui tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah secara berlebih-lebihan pada Julai lalu. Demi memilih untuk menjual rumah tersebut pada September lalu dan dianggarkan kediaman mewah itu bernilai RM37 juta. Ketika meninjau kawasan tersebut, Justin dilihat mengenakan hoodie merah dan topi hitam, sementara Hailey tampil berseluar jeans dan pakaian berwarna hitam.