suria

Pesakit mental hantar mesej lucah kepada Seoulhyun (AOA)

Seoulhyun membuat laporan polis selepas seorang lelaki sering menggangunya dengan menghantar mesej dan video lucah di akaun Instagram. Foto KOREABOO

SEORANG lelaki yang melakukan serangan seksual terhadap anggota kumpulan AOA, Seoulhyun dipercayai mengalami masalah mental.

Koreaboo melaporkan lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu, mengalami gangguan skizoafektif yang menyebabkan dia melakukan perkara terkutuk itu.

Bagaimanapun dia dihukum penjara selama enam bulan dan dua tahun pengawasan oleh mahkamah di Incheon.

Malah tertuduh perlu menghadiri kelas keganasan seksual selama 40 jam selain tidak dibenarkan bekerja dalam bidang melibatkan kanak-kanak dan remaja selama lima tahun.

Sebelum ini, Seoulhyun membuat laporan polis terhadap lelaki itu selepas dia didakwa menghantar mesej dan video ke akaun Instagram penyanyi itu dari April hingga Disember tahun lalu.

Walaupun dia telah dituduh di mahkamah namun lelaki itu tetap menghantar mesej lucah kepada Seoulhyun.

Seoulhyun, AOA

Artikel Lain