PENYANYI Selena Gomez berasa bimbang dengan keadaan Justin Bieber selepas berita bekas kekasihnya itu dirakam sedang menangis di kawasan umum. Menurut laporan Hollywoodlife, biarpun kini Selena sedang dirawat di sebuah pusat psikiatri namun dia masih memikirkan keadaan Justin. "Selena setiap masa bimbang dan memikirkan adakah Justin dalam keadaan gembira dan okey," kata sumber. Sebelum ini, foto Justin dilihat sedang menangis di dalam keadaan bersama isterinya Hailey Baldwin pada 2 November lalu. Menerusi laporan terdahulu, Justin dikatakan bimbang dengan keadaan Selena yang dimasukkan ke pusat psikiatri gara-gara mengalami kemurungan. Selena mengalami masalah itu disebabkan sukar untuk menerima kenyataan apabila Justin Bieber bertunang dan berkahwin dengan model berusia 21 tahun pada September lalu.