suria

Bekas teman lelaki penyelamat Demi Lovato

Demi Lovato bersama bekas teman lelakinya, Wilmer Valderrama.

HUBUNGAN Demi Lovato dengan bekas teman lelakinya, Wilmer Valderrama dilaporkan kembali erat sejak penyanyi itu keluar daripada pusat pemulihan dadah baru-baru ini.

Page Six melaporkan Demi banyak bergantung kepada Wilmer, 38, sejak proses pemulihannya namun hubungan itu hanya sekadar seorang rakan.

Wilmer juga adalah antara individu paling awal memberi sokongan kepada Demi selepas dia dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah berlebihan.

Sementara itu, Demi kembali aktif di Instagram dan penyanyi berusia 26 tahun itu memuat naik gambarnya  sedang mengundi dan memberitahu gembira dapat pulang ke rumah.

"Saya sangat bersyukur dapat pulang ke rumah bersempena hari mengundi, satu undi dapat mengubah keadaan... Pastikan suara anda didengari," katanya.

Kali terakhir Demi memuat naik gambar di Instagram sekitar Julai lalu.

Bulan lalu, ibunya, Dianna De La Garza mendedahkan Demi berada dalam keadaan baik dan tidak lagi menyentuh dadah.

Demi Lovato, Wilmer Valderrama

Artikel Lain