PENYANYI Rap Cardi B berasa tertekan apabila banyak kehilangan berat badan selepas melahirkan anak pertamanya Julai lalu. Cradi B berkata, dia melakukan diet selepas bersalin, namun berat badannya turun secara mendadak sehingga tahap yang tidak diinginkan. "Saya amat tertekan kerana berat badan semakin turun. Ya pada awalnya memang saya diet untuk kurus selepas bersalin. "Saya minum teh diet untuk mengurangkan nafsu makan, tapi sekarang terlalu kurus dan saya tidak suka kurus begini," ujarnya di Instagram. Kata Cardi B dia kini cuba untuk menambah berat badannya semula. "Selama remaja saya sudah biasa kurus dan saya tidak menyukai tubuh kurus. Saya mahu naik berat badan, sudah cuba namun susah sangat. "Makin disuruh makan makin saya tiada selera," ujarnya. SUMBER: GLAMOUR