suria

Bella Throne buat iklan sensasi untuk perkenal produk kosmetik

SELEBRITI Hollywood Bella Throne baharu sahaja melancarkan produk kosmetik dengan strategi pemasaran tersendiri.

Pelakon filem I Still See You turut melancarkan video iklan sensasi dan panas bertajuk Sexual Chocolate yang diarah sendiri.

Menerusi muka depan video itu, Bella berguling di antara kosmetik dan hanya berpakaian dalam berwarna merah jambu.

Dia juga bergambar tanpa busana dengan dibalut krim dan coklat.

Promosi provokatif itu bertujuan menjual barang kosmetiknya.

Bella yang melancarkan riasan mata dan bibir turut menjamin produk tersebut selamat digunakan.

Pelakon itu turut mengikut jejak langkah selebriti Hollywood lain yang menggunakan cara seksi untuk memperkenalkan produknya.

SUMBER IG: Bella Throne

Bella Throne

Artikel Lain