suria

Peminat terkejut perubahan fizikal Kim Kibum (Super Junior)

Perubahan fizikal bekas anggota kumpulan Super Junior, Kim Kibum mengejutkan banyak pihak.

BEKAS anggota kumpulan Super Junior, Kim Kibum membuat kejutan apabila kembali membuat kemunculan dalam bidang seni selepas enam tahun menyepi.

Koreaboo melaporkan peminat turut terkejut dengan perubahan fizikal penyanyi berusia 31 tahun itu yang kelihatan berbeza berbanding ketika zamannya bersama Super Junior.

Ramai merasakan Kim Kibum sudah kelihatan berusia dan tidak sekacak ketika dia popular bersama kumpulan itu.

"Kim Kibum? Adakah benar itu Kim Kibum?

"Adakah saya sedang berhalusinasi? Biar saya periksa mata agar dapat melihat dengan lebih jelas!

"Wow! Kim Kibum nampak seperti Ahjussi (pakcik) dan saya mungkin tidak akan mengenalinya jika bertembung di luar," tulis netizen.

Kim Kibum kali terkahir muncul dalam sebuah drama berjudul Love Lee Tae Ri pada 2012 tampil pada sidang media program terbaharu Two Feet Life pada 29 November lalu.

Penyanyi itu memulakan kariernya sebagai pelakon menerusi drama bersiri April Kiss pada 2004 sebelum menyertai Super Junior setahun kemudian.

Dia mengambil keputusan meninggalkan kumpulan terkenal itu selepas kontrak mereka bersama SM Entertainment tamat pada 2015.

Kim Kibum, Super Junior

Artikel Lain