suria

Pete Davidson tolak jumpa Ariana Grande

PENYANYI Ariana Grande dilaporkan berusaha untuk menghubungi bekas tunangnya, pelawak Pete Davidson bagi memberi sokongan moral terhadap lelaki berkenaan yang dikatakan berhadapan masalah tekanan.

Pete, 26, sebelum ini memuat naik luahan hatinya di laman sosial bahawa dia kini penat untuk meneruskan kehidupan dan melalui pelbagai masalah.

Penyanyi lagu Thank You, Next ini berasa bimbang dengan keadaan itu dan cuba berjumpa dengan Pete di studio Saturday Night Live yang dibintangi lelaki itu, namun usaha itu gagal.

"Pete tidak mahu bercakap dan bertemu dengan Ariana", ujar sumber seperti dipetik Vulture.

Pasangan ini putus pada pertengahan Oktober lalu selepas enam bulan bercinta.

Sumber turut memberitahu Pete kini mengalami masalah depresi dan kemurungan selepas hubungan itu berakhir.

Dia juga tertekan dengan komen-komen negatif netizen di laman sosial miliknya.

Ariana Grande

Artikel Lain