PENYANYI Megan Trainor mendedahkan dia kini sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya iaitu pelakon Daryl Sabara dalam sebuah majlis tertutup pada 22 Disember lalu. Majlis perkahwinan itu diadakan secara tertutup di halaman belakang rumahnya di Los Angeles seperti dipetik majalah People. Biarpun secara tertutup, penyanyi lagu Dear Future Husband itu turut mengundang media untuk membuat liputan secara eksklusif. Pada hari perkahwinan itu, Megan mengayakan gaun putih rekaan Berta yang membuatkan dia tampil cantik dan sempurna. Sementara, suaminya bintang Spy Kids itu mengayakan sepersalinan Armani. Megan mengumumkan khabar gembira itu menerusi akaun Instagram miliknya. "Kini saya seorang isteri! Terima kasih kepada semua yang membantu mewujudkan majlis ini. Saya mencintaimu sekarang dan selamanya Daryl Sabara," tulisnya.