suria

Kate Mara kini hamil anak pertama

LEBIH setahun mendirikan rumah tangga, bintang filem Fantastic Four Kate Mara akhirnya berkongsi khabar gembira apabila kini hamil.

Isteri kepada Jamie Bell itu kini memasuki bulan kelima seperti dilaporkan US Magazine.

Kate muncul pada acara karpet merah Golden Globe Awards 2019 baru-baru ini dengan menggayakan gaun longgar.

Tambah laporan itu, pelakon berkenaan sudah biasa menjalani kehidupan dan tanggungjawab sebagai seorang ibu berikutan dia mengasuh anak tiri hasil perkahwinan Jamie dengan isteri terdahulu iaitu Evan Rachel Wood.

Dia juga pernah memberitahu sebelum ini bahawa dia berasal daripada sebuah keluarga yang besar.

"Saya berasal daripada keluarga yang sangat besar dan dikelilingi oleh anak-anak kecil. Keluarga adalah segalanya dan saya suka berada di antara anak-anak dan keluarga," ujarnya.

Kate Mara

Artikel Lain