PELAKON dan penyanyi Leeteuk memohon maaf tidak dapat menghadirkan diri pada SMTOWN Special Stage in Santiago disebabkan kurang sihat. Menurut laporan Allkpop, Leeteuk memberitahu dia mengalami sakit perut dan cirit-birit yang teruk sejak lima hari lalu. "Tahun lalu, saya menjalani pembedahan pundi hempedu dan selepas itu menyedari ia bukan perkara yang mudah untuk sembuh. "Saya kerap mengalami sakit perut dan cirit-birit. Lima hari lalu, ketika sedang menjalani penggambaran. saya mengalami cirit-birit berterusan. "Saya berharap ketika itu boleh baik dengan cepat. Tapi keadaan saya semakin teruk dan saya ingin memohon maaf kepada peminat. "Sebabkan itu, saya tidak dapat hadir membuat persembahan baru-baru ini. Minta maaf kerana buat anda semua bimbang," katanya menerusi laman Instagram.