suria

Angelina Jolie cuba membenci Brad Pitt

Angelina dan Brad berpisah sejak September 2017.

PELAKON Angelina Jolie cuba yang terbaik menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal sejak mengambil keputusan untuk berpisah dengan bekas suaminya Brad Pitt pada September 2017.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, biarpun Angelina tidak akan bersama semula dengan Brad namun itu tidak bermakna dia gembira dengan apa yang telah terjadi antara mereka.

Kata sumber terdekat, Angelina masih berusaha untuk membenci Brad dan tidak akan mencintai lelaki lain kerana hatinya masih terluka disebabkan perceraian tersebut.

"Dia masih berusaha untuk ada rasa benci terhadap Brad. Angelina tidak akan mencintai mana-mana lelaki lebih daripada Brad.

"Dan dia masih terluka dan kecewa dengan perpisahan mereka," kata sumber.

Angelina Jolie, Brad Pitt

Artikel Berikut

Artikel Lain