suria

Foto digunakan tanpa persetujuan, Kelleth Cuthbert ambil tindakan undang-undang

SEORANG model yang meraih perhatian ketika anugerah Golden Globes baru-baru ini iaitu Kelleth Cutbert kurang senang apabila gambarnya digunakan oleh jenama air mineral tanpa persetujuan.

Kelleth berkata, dia tidak pernah bersetuju gambarnya membawa jenama air yang menjadi tular di laman sosial dijadikan bahan promosi.

Malah, dia menuduh pihak syarikat air miniral itu memaksa dia untuk menandatangani dokumen palsu.

Bagaimanapun, syarikat air mineral itu yakin tuntutan wanita berusia 31 tahun itu tidak menjejaskan syarikatnya.

"Kes ini sangat kecil dan tidak memberi kesan. Selepas gambar itu tular kami sudah membuat perjanjian dengan Kelleth tapi dia yang melanggarnya.

"Kami percaya boleh memenangi kes ini dan selama ini kami mempunyai reputasi yang baik dalam urusan bersama model," ujar wakil syarikat air miniral seperti dipetik E.

Sementara itu, peguam mewakili model tersebut memberitahu tindakan undang-undang seharusnya diambil bagi mengelakkan penyalahgunaan foto.

Syarikat air mineral itu sudah menggunakan foto tersebut tanpa meminta persetujuan.

"Model mencari duit dengan foto mereka, tiada yang mahu melakukan pekerjaan profesional tanpa dibayar. Foto Kelleth digunakan tanpa persetujuan ini tidak adil," ujarnya.

Kelleth Cuthbert

Artikel Lain