suria

20 tahun bercinta, Oh Na Ra belum rancang kahwin

PELAKON drama fenomena Sky Castle, Oh Na Na belum membuat perancangan untuk berkahwin dengan kekasihnya iaitu pelakon muzikal Kim Do Hoon biarpun sudah 20 tahun bercinta.

Dalam temuramah sepeerti dipetik Soompi, kesibukan jadual kerja masing-masing membuatkan perkara itu tidak diberi perhatian.

"Saya bukan anti berkahwin. Kami ingin mendirikan rumah tangga tapi terlalu sibuk. Kami sering sahaja cakap 'jom kahwin tahun depan' tapi sampai sekarang masih begini.

"Setelah becinta 20 tahun kami juga ingin berkahwin, ya suatu hari saya ingin juga memakai gaun putih yang cantik. Tapi bukan sekarang kerana saya rasa hubungan itu bukan sesuatu yang penting lagi," ujarnya.

Ditanya, apakah rahsia hubungan itu mampu bertahan, ujarnya faktor utama ialah kejujuran.

Oh Na Ra

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan