suria

Pengarah dedah ada dialog yang tidak disukai Leonardo dalam filem Titanic

FILEM Titanic lakonan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet menjadi filem ikonik yang diingati sehingga kini.

Pengarahnya James Cameron mendedahkan dalam satu temubual bahawa terdapat dialog yang tidak mahu dilakukan oleh Leonardo ketika penggambaran.

"Bahagian dialog berbunyi  I'm the king of the world adalah dialog yang tidak mahu diucapkan oleh Leonardo. Akhirnya dia melakukannya secara terpaksa.

"Masa itu matahari sudah hampir terbenam. Kata-kata itu muncul dikepala dan saya fikir ia tepat utuk diucapkan sebagai dialog," ujarnya kepada Digital Spy.

Ternyata dialog itu antara yang paling diingati oleh penonton termasuk You jump, I jump dalam filem Titanic.

Titanic, Leonardo DiCaprio

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan