suria

Priyanka Chopra belum terfikir mahu anak

Priyanka dan Nick bakal bekerjasama secara profesional menerusi projek khas tidak lama lagi.

PELAKON Priyanka Chopra masih belum terfikir mengenai perancangan untuk mempunyai anak buat masa sekarang.

Menurur laporan Timesofindia, Priyanka berkata dia dan Nick ketika ini terlalu sibuk dengan kerjaya seni namun tidak menolak sekiranya diberi rezeki anak dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, pasangan suami-isteri ini dikatakan bakal bekerjasama secara profesional menerusi projek istimewa tidak lama lagi.

Priyanka ketika ditemui media baru-baru ini turut tidak menafikan khabar angin tersebut.

Biarpun pasangan itu sentiasa meluangkan masa bersama, namun mereka tahu cara untuk membahagikan masa kerja dengan kehidupan peribadi.

Priyanka Chopra, Nick Jonas

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan