suria

“Maafkan ayah tak dapat hadir” - Ahmad Dhani sedih tak dapat sambut ulang tahun anak kerana dipenjara

Ahmad Dhani sedih tak dapat raikan ulang tahun anaknya.

KOMPOSER dan ketua kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani tidak dapat menahan air mata pada waktu rehat perbicaraan kes pencemaran nama baik di Mahkamah Negeri Surabaya, Selasa.

Rasa sedih itu timbul ketika Dhani ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepada anak perempuannya Safeea Ahmad yang kini memasuki usia lapan tahun.

Dhani yang meniup lilin pada sebuah kek tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata.

"Selamat ulang tahun untuk putriku tercinta Safeea Ahmad. Maaf ayah tak dapat hadir," ujarnya seperti dipetik CNN Indonesia.

Ahmad Dhani tak dapat tahan sebak tak dapat sambut ulang tahun anaknya.

Raut wajah penyanyi kemudian berubah sedih, mulutnya bergetar. Tangan kirinya kemudian menutup wajahnya untuk cuba menyekat air mata. 

Safeea merupakan anak pertama hasil perkahwinan bersama penyanyi Mulan Jameela.

Pada 28 Januari lalu, Ahmad Dhani dikenakan hukuman penjara 18 bulan selepas disabitkan kesalahan atas tuduhan menyebarkan kata-kata kebencian di laman sosial menerusi perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Jakarta Selatan.

Sebelum ini, Mulan memuat naik foto sambutan hari lahir anaknya yang diadakan di sekolah pada Selasa.

Sambutan dibuat secara sederhana memotong pulut kuning bersama rakan-rakan sekolahnya.

Ahmad Dhani

Artikel Lain