suria

Johnny Depp saman bekas isteri RM200 juta atas dakwaan memfitnah

Perkahwinan pasangan Johnny Depp dan Amber Heard hanya bertahan selama setahun.

PELAKON Johnny Depp menuntut AS$50 juta (RM200 juta) terhadap bekas isterinya, Amber Heard atas dakwaan memfitnahnya.

Daily Mail melaporkan Johnny memfailkan saman terhadap Amber selepas aktres itu selepas Washington Post menyiarkan artikel temu bual bersamanya yang menyifatkan dia sebagai mangsa keganasan rumah tangga.

Johnny menerusi peguamnya menegaskan tuduhan tersebut adalah fitnah dan tidak benar dan kenyataan dikeluarkan itu adalah untuk kepentingan dirinya dalam meraih publisiti.

Dalam pada itu, peguam Amber dalam kenyataan balas memberitahu saman yang difailkan pelakon itu adalah cara untuk menutup mulut Amber daripada terus bersuara mengenai penderaan dialaminya.

"Dia tidak akan berdiam diri... Tindakan Johnny adalah bukti dia tidak boleh menerima hakikat mengenai sikapnya itu," katanya.

Johnny, 55, dan Amber, 32, bertemu di set penggambaran filem The Rum Diary pada 2011 sebelum berkahwin pada Februari 2015.

Amber sebelum ini pernah memfailkan perintah sekatan terhadap Johnny pada Mei 2016 selepas dia mendakwa menjadi mangsa dera aktor itu.

Johnny bagaimanapun menafikan dakwaan itu sebelum mereka bercerai pada Ogos 2016 dan Amber mendermakan AS$7 juta (RM28 juta) yang diperoleh daripada aktor itu sebagai penyelesaian perceraian mereka.

Kedua-dua mereka juga menandatangani perjanjian untuk tidak membincangkan hal rumah tangga mereka secara terbuka.

Johnny Depp, Amber Heard

Artikel Lain