PELAWAK Ryu Dam membuat perubahan yang sangat ketara pada badannya dan mendapat perhatian peminat-peminat. Menurut laporan Allkpop, Ryu Dam telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 40 kilogram selama dua tahun. Perubahan tersebut berjaya dilakukan selepas dia mengamalkan diet pemakanan dan senaman demi mengejar cita-citanya untuk menjadi pelakon. "Saya mahu mencuba pelbagai watak dalam lakonan dan ketika badan saya besar, watak yang saya dapat hanya terhad sahaja. "Rakan kerja saya ada nasihatkan untuk berjaya dalam lakonan, saya perlu mengubah penampilan diri dengan menurunkan berat badan," katanya.