PENYANYI Seungri dilaporkan enggan menyerahkan telefon miliknya kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung beberapa skandal melibatkan anggota kumpulan Big Bang itu. Koreaboo melaporkan pihak berkuasa meminta telefon itu diserahkan bagi mencari bukti berhubung skandal pelacuran untuk pelabur asing, rasuah dan penyalahgunaan dadah menerusi beberapa laman sembang. Salah seorang lagi artis, Jung Joon Young juga diminta menyerahkan telefon miliknya dan dia dilaporkan sudah berbuat demikian. ARTIKEL BERKAITAN: Terpalit kontroversi pelacuran dan dadah, Seungri (Big Bang) umum bersara sebagai artis Ekoran perkara itu, peminat meluahkan rasa geram terhadap Seungri yang didakwa cakap tidak serupa bikin apabila sebelum ini berjanji akan memberi kerjasama kepada pihak polis. Nama Seungri panas sejak kebelakangan ini ekoran skandal itu sehingga memaksanya membuat pengumuman mengundurkan diri daripada dunia hiburan.