suria

Taemin (SHINee) tanggung malu, seluar koyak ketika buat persembahan

Seluar dipakai Taemin terkoyak ketika sedang asyik mengadakan persembahan.

PENYANYI Taemin terpaksa menanggung malu apabila seluar yang dipakai ketika asyik menghiburkan peminat pada konsert solonya tiba-tiba terkoyak.

Tidak perasan akan keadaan itu, anggota kumpulan SHINee itu hanya menyedari apabila peminat menjerit ke arahnya bagi memaklumkan seluarnya koyak.

Menyedari akan keadaan itu, Taemin segera menarik bajunya untuk menutup tempat seluarnya yang koyak itu.

"Saya menjerit sekuat hati untuk memberitahu seluarnya koyak... Lucu melihat reaksinya apabila menyedari keadaan itu," tulis peminat di laman sosial.

Taemin kemudiannya berlari ke belakang pentas sebelum kembali mengenakan seluar yang baharu.

Bagaimanapun dia kelihatan resah di atas pentas dan dilihat beberapa kali menyemak seluarnya bimbang kejadian serupa berulang kembali. - KOREABOO

Taemin, SHINee

Artikel Lain