GOSIP yang mengatakan hubungan cinta antara pelakon Jamie Foxx dan Katie Holmes sudah berakhir itu adalah tidak benar. Menurut laporan Hollywoodlife.com, Jamie dan Katie masih lagi menjalinkan hubungan cinta secara rahsia dan mereka lebih selesa bersama tanpa pengetahuan umum. "Jamie dan Katie sudah lama bercinta secara rahsia dan ia berjalan lancar untuk mereka berdua. "Bagi pasangan itu, hubungan mereka bukan urusan orang lain tapi hanya mereka berdua sahaja," kata sumber terdekat. Baru-baru ini, foto Jamie dan Katie meluangkan masa bersama di Central Park, New York City dan The Metropolitan Museum of Art sempat dirakam jurugambar bebas. Pasangan itu mula dikatakan bercinta sejak dilihat bersama di khalayak umum pada 2015.