PASANGAN selebriti Dakota Johnson dan Chris Martin dikhabarkan bakal melangsungkan majlis pertunangan tidak lama lagi.
Menurut portal E!News, sumber memaklumkan kedua-dua bintang popular ini mula menjalinkan hubungan serius sejak Oktober 2017.
"Nampaknya seperti pertunangan itu bakal berlaku.
"Keluarga mereka sudah saling bertemu dan masing-masing selesa bersama," kata sumber.
Lebih menguatkan spekulasi apabila kedua-duanya dikhabarkan kerap menghabiskan waktu bersama.
Mereka dilihat bersiar-siar di pantai dan menghadiri pesta berdua, malah pasangan ini dilaporkan sudah tinggal bersama.
SUMBER: E!NEWS