suria

Jo Byung Gyu lebih suka berjumpa berbanding borak di telefon dengan kekasih

Jo Byung Gyu dan Kim Bo Ra mengesahkan hubungan cinta mereka pada Februari lalu.

PELAKON Jo Byung Gyu memberitahu dia lebih gemar bertemu dengan kekasihnya Kim Bo Ra berbanding hanya berborak di telefon.

Menurut laporan Allkpop, biarpun Jo Byung Gyu selalu membalas mesej lambat namun apa sahaja berkaitan dengan Kim Bo Ra dikecualikan.

"Kami akan berjumpa berbanding bercakap di telefon. Saya selalu berjumpa dengan dia sebab rindu.

"Saya tak akan malas kalau ia berkaitan dengan Kim Bo Ra. Saya selalu balas mesej lambat tapi dia dikecualikan," katanya.

Jo Byung Gyu mendedahkan perkara itu ketika ditemu bual Pasangan drama SKY Castle itu mengesahkan mereka menjalinkan hubungan cinta pada Februari lalu.

Jo Byung Gyu, Kim Bo Ra

Artikel Lain