suria

Rumah tangga gagal, Brad Pitt takut nak bercinta lagi

Brad takut nak bercinta semula gara-gara kegagalan rumah tangganya dengan Angelina.

PELAKON Brad Pitt mengakui dia berasa kecewa dengan kegagalan rumah tangganya dengan bekas isteri, Angelina Jolie.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, Brad turut memberitahu dia juga takut untuk bercinta semua dengan wanita lain kerana bimbang bakal melalui perkara yang sama.

"Penceraian itu membuatkan Brad kecewa kerana rumah tangga yang dibina bersama Angelina telah menemui titik noktah.

Brad turut sedih Angelina membuang namanya di penghujung nama rasmi.

"Malah, Brad juga berasa takut untuk bercinta dengan wanita lain kerana bimbang mengalami perkara yang sama.

"Bagaimanapun, Brad percaya keputusan yang dibuat mereka itu adalah yang terbaik, anak-anak juga turut memahami keadaan mereka," kata sumber.

Brad dan Angelina telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 selepas 10 tahun bercinta dan bercerai pada September 2016.

Brad Pitt, Angelina Jolie

Artikel Lain