PELAKON Randy Pangalila berkongsi pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya, Chelsey Frank sepanjang tiga bulan perkahwinan mereka. Menurut laporan TribunNews, Randy memberitahu isterinya itu sanggup menunggu dia pulang dari kerja meskipun hari sudah lewat malam. "Isteri saya sangat luar biasa. Dia boleh tahan mata dan cuma tidur tiga atau empat jam sahaja. "Kalau saya balik awal pagi dan esoknya mahu shooting dia sudah bangun. Kira-kira cuma tidur tiga jam sahaja," katanya. Randy bahagia melayari alam rumah tangga. Sementara itu, aktor drama Urusan Hati Cik Drama Queen ini turut memberitahu isterinya itu rajin memasak di dapur. "Apabila saya bangun pagi sarapan semua sudah siap dihidang, begitu juga waktu makan tengahari dan malam. "Buat masa ini, dia hanya menyediakan masakan negara barat, tapi dia ada usaha nak belajar beberapa menu tradisional Indonesia," ujarnya. Randy Pangalila berkahwin dengan kekasihnya yang berasal dari Kanada, Chelsey Frank pada 19 Januari lalu.