suria

Brad Pitt nafi kembali bersama bekas isteri, tiada ruang untuk Jennifer Aniston

Brad menafikan kembali bersama dengan bekas isteri, Jennifer Aniston.

PELAKON Brad Pitt menafikan khabar angin bahawa dia kembali bersama bekas isteri pertama, Jennifer Aniston.

Brad memberitahu, dia tidak akan sesekali berjumpa atau mengajak bekas isterinya itu keluar bersama.

"Saya tidak berminat untuk mengulangi kesilapan sama.

"Saya juga tidak berminat untuk mendekati atau keluar dating dengan sesiapa kerana jadual kerja saya juga terlalu padat.

"Saya nak fokus pada anak-anak, kerjaya dan kehidupan saya sendiri. Tiada masa untuk menawan hati Jen. Yang berlalu biarkan berlalu," ujarnya.

Khabar angin itu mula bertiup kencang selepas Brad dilihat hadir pada majlis sambutan hari jadi Jennifer yang ke-50 Februari lalu.

Menurut sumber terdekat, Brad cuba mendekati bekas isterinya itu selepas mendapat tahu Jennifer tidak memiliki teman lelaki dan kembali solo.

Terdahulu, Brad disoal paparazi namun enggan memberi sebarang komen berhubung isu berkenaan.

Brad sebelum ini pernah berkahwin dengan Jennifer Aniston sebelum bercerai dan berkahwin dengan pelakon sensasi, Angelina Jolie.

Dia dan Angelina telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 selepas 10 tahun bercinta dan bercerai pada September 2016. - metro

Brad Pitt, Jennifer Aniston

Artikel Lain