suria

Berangan terima gelaran raja pop Michael Jackson, Chris Brown jadi mangsa cacian netizen

Angan-angan tinggi Chris Brown cetus kecaman ramai

PENYANYI R&B Chris Brown dihentam teruk netizen gara-gara berkongsikan lakaran gambar Michael Jackson sedang menyerahkan mahkota gelaran raja pop kepadanya.

Chris, 30, memuat naik lakaran yang turut mempunyai bayang dia memakai mahkota tersebut selepas kematian Michael Jackson di laman sosial miliknya pada Jumaat.

Posting Chris Brown yang mendapat kecaman ramai.

"Anda pasti bergurau, kami menyukai lagu-lagu anda namun tolong berhenti membandingkan diri anda dengan Michael Jackson, sedikit pun anda tidak setaraf dengan Michael.

"Kami sukakan karya anda Chris, namun tiada siapa mampu menandingi raja pop.

Namun begitu, lakaran yang dimuat naik Chris difahamkan sekadar karya daripada peminat.

Michael Jackson meninggal dunia pada 25 Jun 2009.

chris brown, michael jackson

Artikel Lain