PELAKON, penyanyi dan pengacara terkenal Indonesia, Raffi Ahmad diusir keluar dari rumah keluarga mentuanya selepas kemelut yang membadai rumah tangga pasangan selebriti itu. Segala-galanya bermula apabila isteri Raffi iaitu Nagita Slavina yang tidak berpuas hati apabila suaminya itu jarang pulang ke rumah sejak awal Ramadan. Keluhan Nagita itu membuatkan ibunya, Rietta Amilia kecewa dengan sikap menantunya itu lalu menegur perbuatan Raffi yang disifatkan mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya. Enggan berdiam diri, Raffi menjelaskan ia gara-gara kesibukan kerja yang terpaksa dihadirinya hingga membuatkan dia tidak dapat pulang ke rumah. Raffi tidak dapat meluangkan masa bersama isteri dan anak kerana kesibukan kerja. Ketengangan tiga beranak itu dirakam menerusi sebuah video dan menerima pelbagai reaksi netizen di Indonesia. Menerusi video berkenaan, Rietta turut meminta Raffi menghantar isterinya itu pulang ke pangkuannya sebelum bertindak mengusir aktor berkenaan keluar dari rumah. Bagaimanapun, Nagita bertindak memeluk suaminya dari belakang dan mengatakan ia hanya lakonan (prank) yang dibuat bersama ibunya gara-gara inginkan perhatian dari suaminya itu. Raffi Ahmad yang terkejut dengan tindakan isterinya itu dilihat senyum sambil mengucup dahi Nagita. - liputan6.com