suria

Cardi B tangguh konsert gara-gara pembedahan plastik belum sembuh

Cardi B belum sembuh sepenuhnya dan memerlukan rehat yang cukup sebelum beraksi dalam konsert.

PENYANYI rap Cardi B terpaksa menangguh kesemua persembahan konsert jelajah yang sepatutnya berlangsung bulan ini selepas doktor memberitahu dia memerlukan lebih masa untuk sembuh gara-gara pembedahan plastik yang dilakukannya pada awal bulan lalu.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, penyanyi berusia 26 tahun itu dilarang melakukan sebarang aktiviti senaman atau latihan tarian bagi mendapatkan rehat secukupnya.

Sebelum ini Cardi dilaporkan menjalani rawatan di sebuah hospital selepas melakukan pembedahan pada bahagian dada dan belum sembuh sepenuhnya.

Menurut doktor yang merawat Cardi, persembahan yang memerlukan Cardi untuk beraksi dan bergerak terlalu aktif akan menyebabkan dia berdepan risiko pendarahan pada bahagian dalaman selain bengkak dan jangkitan kuman.

Cardi juga dinasihatkan untuk tidak merokok selain dilarang mengambil sebarang minuman beralkohol sebagai prosedur selepas menjalani pembedahan berkenaan.

Cardi B, konsert

Artikel Lain