BIARPUN sudah tidak lagi bersama sebagai pasangan kekasih namun selebriti Kourtney Kardashian tetap hadir ke majlis sambutan hari lahir Scott Disick baru-baru ini. Menurut lapoan Hollywoodlife.com, sumber memberitahu Scott berasa sangat gembira kerana majlis hari jadinya itu dihadiri turut dihadiri kekasinya, Sofia Richie. "Kehadiran Sofia dan Kourtney di sambutan hari lahirnya adalah hadiah paling istimewa bagi Scott. "Dia sangat gembira kerana tiada lagi drama di antara mereka," kata sumber. Sebelum ini, Kourtney dan Scott pernah membina keluarga bersama tanpa sebarang ikatan secara rasmi dan hubungan itu berakhir pada 2015. Hasil hubungan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mason, Penelope dan Reign.