SELEPAS hampir dua tahun berpisah, penyanyi Fergie akhirnya bertindak memfailkan perceraian terhadap suaminya yang juga pelakon Josh Duhamel. Menurut laporan Hollywoodlife, biarpun Fergie, 44, dan Josh sudah terpisah namun mereka masih mempunyai rasa sayang dan hormat. "Fergie dan Josh tidak mempunyai hubungan apa-apa lagi tapi masih sayang dan hormat antara satu sama lain. "Walaupun sudah berpisah, tapi mereka masih berhubung baik. Malah, Fergie dan Josh tidak mahu ada 'drama' antara mereka," kata sumber. Fergie dan Josh, 46, sebelum ini mengumumkan mereka sudah berpisah pada September 2017 selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.