BARU-baru ini penyanyi rap Cardi B memberitahu dia terpaksa menahan kesakitan apabila kaki dan perutnya bengkak akibat pembedahan plastik yang dilakukan awal bulan lalu. Malah, Cardi terpaksa membatalkan beberapa persembahan konsert jelajah yang membuatkan ramai peminatnya berang. Menurut laporan Hollywoodlife.com, Cardi menegaskan dia selepas ini tidak akan melakukan sebarang pembedahan plastik lagi. Keadaan kaki Cardi yang membengkak disebabkan pembedahan plastik yang dilakukannya. ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan Cardi B merosot, bengkak kaki dan perut selepas jalani pembedahan plastik "Saya bekerja keras untuk beberapa minggu ini sebab selepas ini, saya tidak akan lagi melakukan pembedahan plastik," kata Cardi. Menerusi laporan sebelum ini, doktor yang merawat Cardi menjelaskan persembahan yang memerlukan penyanyi itu untuk beraksi dan bergerak terlalu aktif boleh menyebabkan dia berdepan risiko pendarahan pada bahagian dalaman selain bengkak dan jangkitan kuman.