suria

Gagal dalam Pilihan Raya Umum, Giring menangis di kubur bapa mentua

Giring gagal dalam Pilihan Raya 2019 di Indonesia.

VOKALIS kumpulan Nidji iaitu Giring Ganesha mendedahkan dia tidak dapat menahan sebak sehingga terpaksa menangis di hadapan kubur bapa mentuanya apabila gagal melayakkan diri sebagai calon legislatif pada Pilihan Raya Umum Indonesia 2019 baru-baru ini.

Menurut laporan liputan6.com, Nidji terpaksa berdepan titik hitam dalam hidupnya apabila kekalahan itu turut memberikan impak buruk terhadapnya sehingga membuatkan dia menjadi murung.

Lebih sukar apabila dia terpaksa menyembunyikan perasaannya itu daripada isterinya, Cynthia Riza dan rakan-rakannya yang lain.

"Ketika menziarahi pusara bapa mertua, saya menangis dan meminta maaf kepada arwah. Sejak itu, stress berkurang dan saya berasa lebih lega. Saya menangis kerana teringat janji saya untuk menjaga Cynthia.

"Walaupun saya cuba menyembunyikan kesedihan dan kekecewaan, isteri saya tetap tahu. Biasanya saya ceria, ramah dan bersemangat. Tetapi selepas pilihan raya itu saya rasa amat kecewa.

"Dalam kekecewaan itu, agak sukar untuk saya mengawal emosi demi menjaga hubungan dengan rakan sepejabat," katanya.

Giring bersama isterinya, Cynthia Riza.

Walau bagaimanapun, jelas Giring dia berasa lega selepas meluahkan perasaan ketika menziarah kubur bapa mentuanya itu.

Malah kini dia lebih gembira apabila sudah mula sibuk dengan program-program hiburan.

"Isteri sangat memahami saya. Katanya walaupun saya sentiasa tersenyum, dia dapat merasai saya masih dalam kesedihan dan bingung.

"Akhirnya saya ke tanah perkuburan bapa mentua untuk meminta maaf. Sejak itu, saya berasa lega dan amat gembira.

"Lebih-lebih lagi apabila saya kini sibuk mengelolakan program Indar Indosiar. Saya dihiburkan oleh Nassar, Soimah dan selebriti lain. Saya belajar banyak benda dari mereka," katanya.

Terdahulu, Giring pernah menyuarakan hasratnya untuk menyertai bidang politik dengan meninggalkan kumpulan dan bidang nyanyian.

Nidji, pilihan raya 2019

Artikel Lain