suria

Go Hara dapat berjalan seperti biasa selepas cedera di set penggambaran

Go Hara kini semakin pulih daripada kecederaan yang dialami baru-baru ini.

PELAKON Go Hara memberitahu keadaannya kini semakin pulih selepas mengalami kecederaan di bahagian buku lali ketika menjalani penggambaran drama Haechi baru-baru ini.

Menurut laporan Soompi, Go Hara berkongsi kegembiraan apabila dia sudah mampu untuk kembali berjalan seperti biasa.

"Cuaca yang panas. Kesihatan yang baik dan hari yang mengembirakan. Bersyukur dalam keadaan baik.

"Saya kini sudah boleh kembali berjalan seperti biasa. Saya semakin sihat," katanya menerusi laman Instagram.

Go Hara

Artikel Lain