BEKAS kekasih penyanyi Goo Hara iaitu Choi Jong Bum bakal berdepan dengan hukuman tiga tahun penjara atas tuduhan serangan fizikal dan ugutan. Menurut laporan Allkpop, peguam yang mewakili Goo Hara memberitahu hukuman berat perlu dikenakan terhadap Choi Jong Bum yang menyebabkan kecederaan anak guamnya. "Keganasan yang dilakukan itu meninggalkan kesan kepada mangsa yang merupakan selebriti dan bekas luka serta kecederaan yang dialami juga tidak sembuh. Goo Hara. "Jenayah yang mengancam nyawa mangsa atas dasar dendam ini harus dikenakan hukuman berat biarpun statusnya sebagai selebriti" katanya ketika prosiding di Mahkamah Daerah Seoul pada Khamis lalu. Hara sebelum ini mendedahkan dia mengalami kecederaan akibat diserang bekas kekasihnya pada Oktober tahun lalu. Selain itu, bekas kekasihnya itu juga memberi ugutan untuk menyebarkan rakaman video seks mereka.