suria

“Bekas isteri tak jujur!” - Nicolas Cage kecewa perkahwinan hanya bertahan 4 hari

Perkahwinan Nicolas Cage dengan isteri keempat hanya bertahan selama empat hari. Foto hollywoodlife.com

PELAKON Nicolas Cage akhirnya buka mulut mengenai punca dia menceraikan isterinya setelah empat hari berkahwin.

Menurut laporan People, Nicolas berkata dia membuat kesilapan kerana tergesa-gesa berkahwin dengan penata rias, Erika Koike.

"Mengenai perpisahan yang berlaku baru-baru ini, saya tak mahu perbahaskan lagi. Tapi saya cukup kecewa dengan perkara itu dan apa yang terjadi," katanya ketika ditemubual The New York Times Magazine.

Pada Mac lalu, pasangan ini berkahwin di Hotel Bellagio, Los Angeles.

Bagaimanapun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat hari sebelum Nicolas membuat permohonan pembatalan perkahwinan di mahkamah.

Pada 31 Mei lalu, mahkamah memutuskan pasangan ini sah bercerai dan bukan lagi sebagai suami isteri.

Dalam dokumen permohonan pembatalan itu, aktor filem Face/Off mendakwa mereka berdua membuat keputusan silap meneruskan perkahwinan tersebut.

Dia juga meluahkan rasa kecewa kerana isteri keempatnya itu tidak berlaku jujur dengan merahsiakan perbuatan jenayah yang pernah dilakukan dan terpalit dengan hubungan lelaki lain.

SUMBER: People

Nicolas Cage

Artikel Lain