suria

Kim Jin Woo (Winner) cemburu persahabatan IU dengan Mino

Kim Jin Woo cemburu tengok IU berkawan dengan Mino.

ANGGOTA kumpulan Winner iaitu Kim Jin Woo mengakui dia sangat cemburu melihat persahabatan antara IU dan penyanyi rap Mino.

Menurut laporan Soompi, dia teringin bertemu dengan IU dan berharap dapat bekerjasama dalam bidang lakonan dan mengenali wanita itu secara peribadi.

"Saya rasa awak sedang berkawan dengan Mino. Saya sangat cemburu. Iu, saya nak bertemu dengan awak juga. Bukan untuk muzik tapi untuk berlakon dan secara peribadi juga," ujarnya.

Kim Jin Woo ingin mengenali IU secara peribadi.

Dalam pada itu, Kim Jin Woo turut mendedahkan dia menjadikan IU sebagai idolanya dan meminatinya secara peribadi sehinggakan sanggup mendengar berulang kali lagu-lagu penyanyi itu terutama lagu Hotel Del Luna.

"Saya suka IU dan sangat menyukai lagu-lagunya juga. Saya mendengar lagu Hotel Del Luna sangat menarik. Malah, saya suka dengar berulang kali," katanya.

Kim Jin Woo, IU, Mino, WINNER

Artikel Lain