suria

Wajah pucat dan tidak bermaya, peminat bimbang kesihatan Jennie Blackpink

Jennie kelihatan pucat dan tidak bermaya sewaktu tiba di lapangan terbang pada Khamis.

PEMINAT yang teruja menunggu kehadiran salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon semalam terkejut sebaik melihat idol mereka itu seolah-olah sedang menahan kesakitan.

Jennie yang dijadualkan untuk terbang ke Jepun bersama ahli kumpulan lain pada Khamis itu kelihatan sangat pucat, lemah dan tidak bermaya.

Malah, penyanyi comel itu dilihat turut mengelak dari pihak media yang menunggu ketibaannya di sana.

Rata-rata peminat meminta Jennie untuk menjaga kesihatan dirinya selain mendapatkan rehat yang secukupnya.

Peminat lega melihat Jisoo ada bersama untuk menjaga Jennie.

Kebimbangan itu bagaimanapun bertukar lega apabila Jisoo yang menyedari kelakuan aneh Jennie itu dilihat terus membantu dan memapahnya sepanjang laluan mereka.

"Jennie, kalau anda tidak sihat, kamu perlu berehat. Saya betul-betul mahu anda mendapatkan rehat yang secukupnya. Kamu tidak perlu bimbang jika kelihatan pucat kerana kami faham. Kamu tidak perlu paksa diri hanya untuk nampak sihat, itu adalah tidak baik.

"Jennie, harap kamu baik-baik sahaja... Jisoo, terima kasih kerana menjaga Jennie.

"Saya sangat risau dengan kesihatan Jennie. Dia nampak sangat pucat tadi. Paling penting, jaga pemakanan, saya sentiasa ada untuk sokong anda," tulis netizen. - Koreaboo.com

BLACKPINK, Jennie, Jisoo

Artikel Lain