PENYANYI dan pelakon terkenal Hollywood, Lady Gaga melakukan pemeriksaan imbasan x-ray ke seluruh tubuh badannya selepas dilaporkan jatuh semasa beraksi di Park MGM, Las Vegas pada Khamis lalu. Pelakon A Star Is Born itu dikhabarkan jatuh dari pentas apabila salah seorang peminat yang menghadiri konsert berkenaan hilang imbangan semasa cuba mengangkatnya. Bagaimanapun, menerusi sebuah posting yang dimuatnaik di laman sosial, Lady Gaga percaya bahawa semuanya akan berjalan dengan lancar walaupun dia terpaksa membuat pemeriksaan x-ray ke seluruh tubuh badannya. Lady Gaga yakin semuanya akan berjalan lancar walaupun terpaksa lakukan x-ray seluruh badan. "Bila mereka perlu melakukan pemeriksaan x-ray hampir ke atas seluruh tubuh badan saya, menari saja, semuanya akan okay," tulisnya di Instagram. Menurutnya, walaupun keadaan fizikalnya tidak begitu baik, namun dia tetap perlu menghadiri majlis makan malam bersama sahabat. "Mungkin keadaan saya sangat sakit, tapi saya tak boleh lambat menghadiri makan malam bersama sahabat saya," tulisnya di story Instagram. Untuk rekod, Lady Gaga jatuh dari pentas konsert apabila cubaan dari peminat fanatiknya, Jack yang cuba memeluk dan mendukungnya. - CNN