suria

Bisnes kuih musnah, rakan kongsi dakwa Irwanshah gelapkan wang syarikat

Irwanshah disyaki menggelapkan wang syarikat hampir setengah juta.

PENYANYI Irwanshah didakwa terlibat dalam aktiviti penggelapan wang syarikat setelah rakan kongsi perniagaan kuih Bandung Makuta, Medina Zein melaporkan kegiatan itu pada 18 Oktober lalu.

Menurut Medina, perkara itu diketahui selepas menjumpai aliran dana sejumlah hampir 2 juta rupiah (RM500,000) ke akaun peribadi Irwanshah dan perusahaan J-Corps (Jannah Corps) milik penyanyi lagu Pencinta Wanita itu.

Medina nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap rakan kongsinya kerana tidak menerima hasil penjualan perniagaan bersama itu dalam tempoh masa yang agak panjang.

Sebelum ini, Medina sempat menghubungi aktor tersebut, namun dia mengalami kesulitan dalam mengumpulkan data kewangan perusahaan.

Medina kesal dengan tindakan suami Zaskia Sungkar.

Medina Zein kemudian melakukan audit terhadap penyata kewangan syarikat yang juga mempunyai kaitan dengan bisnis biskuit Bandung Makuta. Dari penemuan awal, terdapat aliran dana hampir Rp 2 miliar untuk akaun pribadi Irwansyah dan perusahaan J Corp Irwansyah.

"Sementara yang sudah diaudit kira-kira dalam 2 juta rupiah. Saya hanya menerima penyata bank dari Irwan.

"Susah untuk saya dapatkan data sebab semua data mestilah dikeluarkan, sama ada dalam akaun semasa, penyata kewangan, aliran tunai ataupun semua jenis mestilah disemak terlebih dahulu," kata peguam Medina, Lukman Azhari.

Namun suami kepada Zaskia Sungkar gagal berbuat demikian dan memberikan kata putus.

Irwansyah dan Medina Zein bekerjasama dalam perniagaan kuih Bandung Makuta sejak tahun 2017.

Pada awalnya perniagaan berjalan lancar dan masalah didakwa berlaku pada tahun kedua apabila Medina berkata dia tidak mendapat sebarang hasil daripada bisnes tersebut.

Medina berasa curiga pada tahun ketiga dan menganggap perniagaan itu tidak sihat.

Medina memberitahu bahawa dia sudah mengumpulkan beberapa bukti daripada tahun 2017 hingga 2019 bagi menyokong kes yang dilaporkan. 

Bagaimanapun dalam satu sidang media, Irwanshah menafikan perkara itu dan menganggap ia sebagai salah saham.

Irwanshah menjelaskan sejumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun syarikatnya adalah untuk membayar gaji pekerja dan perkara itu turut dipersetujui oleh pemegang saham lain.

Tambahnya, Medina ketika keputusan itu dibuat tidak berada dalam mesyuarat dan sedang berdepan dengan beberapa ujian.

Perniagaan kuih itu dibangunkan oleh enam orang selebriti Indonesia iaitu Laudya Cynthia Bella, Irwansyah, Zaskia Sungkar, Medina Zein, Fitra dan Hafiz.
Liputan6

Artikel Lain