PEMINAT kumpulan Kpop, Big Bang berkumpul di hadapan kem ketenteraan menyaksikan penyanyi kesayangan mereka G-Dragon dibenarkan pulang setelah menjalani latihan ketenteraan.
Menerusi Twitter, beberapa keping foto dikongsi peminat yang setia menanti kemunculan penyanyi berusia 31 tahun ini pada Sabtu.
Rata-rata meluahkan rasa gembira dengan kepulangan penyanyi berkenaan dan memberitahu tidak sabar untuk menyaksikan persembahannya di pentas.
"Seronoknya dia sudah selesai latihan, G-Dragon nampak sihat.
"Ini bukan konsert, kami 3,000 orang peminat berkumpul untuk menanyambut kepulangan G-Dragon. The king is back," komen netizen di laman tersebut.
Peminat berkumpul menyambut kepulangan G-Dragon.
Kepulangan G-Dragon itu bukan sahaja di sambut di Korea Selatan, malah boleh dikatakan di seluruh dunia sehingga hashtag #GDragonIsBack menjadi trending di Twitter.
G-Dragon atau nama sebenar Kwon Ji-yong telah selesai menjalani latihan selama dua tahun di salah satu pusat latihan ketenteraan di Yongin, Seoul.
Dianggarkan 3,000 peminat berkumpul diperkarangan pusat latihan dan membawa sepanduk mengalu-alukan kepulangan penyanyi pujaan mereka itu.
JIYONG AND HIS SOFT MOVES PLS STOP MY HEART CANT TAKE IT I DONT WANNA DIE YOUNG #GDRAGONISBACK #ONE_OF_A_KIND_GD pic.twitter.com/LPqKGHpDdW
— artemis? (@dear7d) October 25, 2019