suria

‘House keeper’ lelong gaun bersejarah Lady Gaga RM33,000 selepas sembilan bulan tidak dituntut

Gaun berwarna lavender milik Lady Gaga mula dilelong pada harga RM33,000.

GAUN Valentino Couture milik penyanyi Lady Gaga yang digayanya ketika menghadiri anugerah Golden Globes 2019 pada Januari lalu dilelong pada harga RM33,000.

Gaun labuh berwarna lavender itu dijumpai oleh petugas kebersihan, Sara Corea di hotel Beverly Hilton, Los Angeles yang kemudiannya menyerahkan kepada pihak hotel untuk dituntut oleh pemiliknya.

Menerusi surat yang ditinggalkan Sara, dia mengakui gaun tersebut ditemui pada 8 Januari lalu dan telah menyerahkan kepada pihak hotel.

Bagaimanapun selepas hampir lapan bulan gaun berkenaan tidak dituntut pemiliknya sebelum pihak hotel membuat keputusan untuk 'menghadiahkan' gaun itu kepada Sara.

Sara kemudiannya memutuskan untuk menjualnya dan kini gaun tersebut sedang dilelong oleh D. Sanders Auctions dan dibuka pada nilai RM33,000.

Tiada mana-mana pihak yang hadir bagi menuntut gaun lavender yang sudah hampir setahun ditinggalkan di hotel berkenaan.

Sebelum itu, pihak Hotel Beverly Hilton dan Nate D. Sanders Auction juga telah mengesahkan bahawa gaun itu tidak dicuri dari Lady Gaga.

"Berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan pihak kami mendapati gaun itu pernah diserahkan kepada jabatan (lost and found) di Beverly Hilton dan tiada siapa datang menuntutnya dalam masa sembilan bulan.

"Manakala peraturan yang telah ditetapkan pihak hotel, sesiapa sahaja bebas untuk mengambil gaun itu kerana tiada siapa pun yang mengaku memiliki gaun tersebut," ujarnya.

Pada 7 Januari lalu, Lady Gaga yang hadir menggayakan gaun sarat berwarna lavender berjaya meraih beberapa anugerah termasuk runut bunyi terbaik untuk filem A Star Is Born berjudul Shallow. - Independent

Lady Gaga, Valentino Couture

Artikel Lain