PENYANYI terkenal Hollywood, Madonna terpaksa menangguhkan konsert Madame X yang sepatutnya berlangsung di Brooklyn Academy of Music (BAM) Howard Gilman Opera House pada Khamis lalu kerana mengalami kecederaan lutut. Memetik laporan CNN, dia dinasihatkan berehat selama tiga hari bagi mempercepatkan proses pemulihan lututnya yang cedera. "Madonna tercedera pada bahagian lutut. Jadi, sebaik-baiknya biarlah dia berehat selama tiga hari supaya proses nak sembuh tu cepat," katanya. Salah seorang peminat Madonna, Nate Hollander terkilan apabila wang tiket yang dibeli gagal dikembalikan oleh pihak penganjur selepas mengetahui konsert Madame X itu ditunda pada saat akhir. Madonna dinasihatkan rehat tiga hari supaya lutut cepat sembuh. Nate telah menanggung kerugian sebanyak RM4000 untuk tiket persembahan konsert Madame X yang dibeli. "Saya tak boleh nak claimn balik duit saya dekat pihak penganjur lepas saja dapat tahu konsert ini ditangguhkan. "Bukan saya tak mahu pergi konsert tu, tapi masa dan tempat yang ditetapkan akan datang belum tentu fleksibel dengan masa saya. "Malah, nak jual pada orang lain pun tak berbaloi. Mesti ada orang jual murah, sebab konsert delay last minute kan? Saya habis dalam RM4000 untuk beli tiket tersebut," ujarnya. - CNN